"Theres a saying abg Roe, all the good leaders and policy makers are busy driving taxis and cutting hairs.." hahaha
Maksud Scott, faham2 la sendiri yek.
Hari ni ku ada 3 benda nak settle dan alhamdulillah ok semuanya. Hari ni ke Wangsa maju untuk amik skrip rancangan yang baru, "surprise" nama rancangannya. Sampi di Klsentral, pengangkutan awam yang mmg dah biasa buat HAL, buat HAL lagik! Putra LRT lak tak function.. Hmm technical problems katenye..samalah macam Komuter tuh, ntah biler zaman nak OK akupon tak tau la.. Kalau korang rajin naik komuter, korang taulah betapa azabnya sistem pengangkutan awam kat Malaysia. Kuala Lumpur to be exact. Hmmpkh!! Piirah.. satu kali..

Perlahan slow lembab
Apapun itu semua tak menjadikan aku lesu, aku terus naik teksi ke Wangsa Maju dan harga tambangnya RM 20...Gulp..redah jela, nak wat mcm mana kan.. Tapi uncle Lee yang bawak teksi mmg superb. jangan tak percaya eyh, die membincangkan soal psikologi, pasal Islam dan pasal askar2 kecik yang selalu menguasai hati manusia untuk membenci antara satu sama lain.. Hmm tarbiyah Allah nak bagi, teksi pon boleh jadik bilik kuliah an..
Bilik kuliah hari iniJadinya sesampai di opis production house bawah Erma Fatima tuh, aku pon disapa dengan excitednya oleh Did, salah seorang adik seperjuangan. Makanya skrip serta kontrak serta ingatan untuk shooting pilot episode "surprise" tu pun disettlekan. Sebenarnya rancangan ni bukan untuk ASTRO tapi untuk ITV iaitu salah satu stesen TV berbayar macam ASTRO cuma bezanya ditayangkan memlalui streaming online. Kiranya Internet Television la ni. Ok, esok call kol 7 pagi di Wangsa maju yang mana aku kena bergerak-gerak khas seawal 6am dari Shah Alam.. Almaklum..public transport commuter..
Scott dan Sya (sama cute sama padan sama pandai)Pukul 5.30 jumpa Scott, kat KFC dekat ngan NZ tuh. Namanye Mohd Farid Razalle, junior masa di UIA dulu untuk amik kad kawin dan berbincang serba sedikit tentang aturcara majlis kahwinnya nanti dengan junior aku di UIA juga iaitu Sya. Hmm dulu diorang ni sama2 aktif dalam biro bawah PKPIM yang aku terajui-BLP. Alhamdulillah sampai ke jinjang pelamin hubungan mereka..pergghh ade 3 reception nanti tau..alhamdulillah..dan insyaAllah ke Akhir hayat lah..Theres alot of things yang aku dan scott bincangkan. Kadang2 nostalgik, kadang2 tak, kebanyakannya cerita pasal kawan2 yang bersama-sama di UIA dulu. Banyak sangat Scott sedarkan aku...tanpa die sedari..hehe "solitude"..

Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju
Scott bawa g sembahyang Maghrib di Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju. Masjid baru..tandas jauh.. Scottt hantar balik PUKOM dan tengok adiknye Yayang yang pandai amik marketing UiTM yang tinggal di flat seksyen 7 sane tuh (akupon nak pindah sana next sem). Hmm 2 perkara alhamdulillah settle. dan seperkara insyaAllah settle ialah baju yang nak dibawa esok nih..hmm nak basuh kenala g kat tempat dobi layan diri yang ade dryer siap tuh.. Apepepon mmg kena tengokla baju yang nak dipakai..Hmm itu yang susahnye nih.. Tapi takpe2..ok jek..takdelah susah mana pon kan..relax la Roe..sap kok lu..
Maaf sekiranya bingkisan ini tidak seintellectul bingkisan yang lepas2 atau tidak dirasakan penting. Aku dapat banyak hari ni..tapi rasa jelek ku dengan pengangkutan awam buat aku rasa malas, takde mood, dan emo.. Komuter SANGAT bermasalah, ditambah lagi dengan PUTRA yang delay td.. hmm cmon la Malaysia..cmon...sampai bile?

